Search This Blog

Tuesday 28 March 2017

TINJAUAN KHAS WAKIL BSKL KE PUSAT SUMBER SK SUNGAI SELISEK

Pihak sekolah berbesar hati menerima kunjungan 2 orang wakil pegawai daripada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) pada hari ISNIN, 27 MAC 2017. Tujuan mereka ke sini adalah untuk membuat tinjauan mengenai prasarana dan aktiviti yang dijalankan di Pusat Sumber Sekolah (PSS) bagi menyumbang dana daripada pihak BSKL sebanyak RM 50 000.00.

Walau bagaimanapun, mereka akan membuat lawatan dan tinjauan ke sekolah lain dan akan memilih sekolah yang paling sesuai untuk sumbangan ini. Sama-samalah kita berdoa agar SK Sungai Selisek yang tercinta ini dimurahkan rezeki dan menjadi pilihan mereka supaya kita dapat memajukan lagi PSS sekolah untuk keselesaan bersama. Insha Allah. Ameen!







Sunday 26 March 2017

PROGRAM BITARA UPSI - SK SUNGAI SELISEK

Tarikh : 17 Mac 2017
Hari    : Jumaat
Masa  : 8.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : Padang SK Sungai Selisek.











Saturday 25 March 2017

PROGRAM PENYERAHAN PAMPLET BERSAMA PDRM

PROGRAM PENYERAHAN PAMPLET UNTUK MENGELAKKAN KECURIAN MOTOSIKAL & PECAH RUMAH BERSAMA PDRM.

Tarikh     : 15 Mac 2017
Hari        : Rabu
Objektif : Pihak sekolah dan PDRM boleh bekerjasama untuk mengurangkan indeks kejadian jenayah  di kawasan kejiranan.



Monday 20 March 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 & PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA (BKAP1M) 2017

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-44 & PENYAMPAIAN BANTUAN KHAS AWAL PERSEKOLAHAN 1MALAYSIA (BKAP1M) 2017.

Tarikh   : 15 Mac 2017
Hari       : Rabu
Masa     : 2.30 petang
Tempat  : Dewan SK Sungai Selisek
Perasmi: Dato' Hj. Mohamad Khairudin bin Hj. Mohamad,
                Pengarah Seranta FELDA, Jabatan Perdana Menteri.















KEJOHANAN BALAPAN & PADANG SK SUNGAI SELISEK 2017

Kejohanan Balapan & Padang pada tahun ini telah diadakan pada hari Ahad, 12 Mac 2017 di padang SK Sungai Selisek. YB Datuk Hajjah Rosni binti Sohar telah berbesar hati merasmikan kejohanan ini. Jom kita lihat aksi-aksi di sebalik acara bersejarah penuh gemilang ini!