Search This Blog

Wednesday 24 May 2017

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KWAPM 2017

Majlis penyerahan bantuan KWAPM ini telah diadakan bersama ibu-bapa pelajar yang terpilih. Ia turut disertai bersama guru besar SK Sungai Selisek, Pn. Siti Zanariah binti Jalal, GPK HEM, En. Razak bin Ishak, Penyelaras KWAPM sekolah Pn. Che Aishah binti Abd. Rahman dan beberapa orang guru yang turut membantu melicinkan program ini. Majlis berlangsung seperti ketetapan berikut:

Hari: Selasa
Tarikh: 23 Mei 2017
Masa: 12 tengahari
Tempat: Surau SK Sungai Selisek.










Monday 1 May 2017

KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2017

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) telah diadakan serentak di seluruh negara pada hari Rabu, 5 April 2017. Justeru itu, pihak Pusat Sumber Sekolah, SK Sungai Selisek juga tidak ketinggalan mengadakan program ini pada hari tersebut. Ia telah bermula seawal pukul 7.30 pagi bersama Guru Penyelaras Media (GPM) SK Sungai Selisek iaitu Pn. Rasidah binti Yusoff. Berikut dipaparkan beberapa aktiviti sempena program ini.