Search This Blog

Sunday 18 February 2018

JAMUAN MAKAN DURIAN

Pihak Kelab Guru & Kakitangan SK Sungai Selisek telah mengadakan jamuan makan malam pada 26 Januari yang lalu. Semua guru dan ahli keluarga serta kakitangan SKSS telah dijemput memeriahkan acara ini. Gotong-royong memasak menu jamuan telah bermula sejak berakhirnya waktu persekolahan pada hari ini. Selain daripada menu utama nasi dan lauk-pauk yang lazat, menu istimewa kami adalah pulut durian yang didatangkan khas dari Raub! Memang superrrrbbbbb!!!












MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 pada tahun ini telah diadakan pada hari Selasa, 30 Januari 2018. Sempena mesyuarat ini, pihak sekolah juga turut menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia kepada murid-murid yang layak. Kami amat bertuah kerana mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom selaku Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan.



























Thursday 1 February 2018

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT SEKOLAH 2018

Kejohanan Merentas Desa peringkat SK Sungai Selisek pada tahun ini telah diadakan pada hari Jumaat, 19 Januari yang lepas. Latihan kejohanan juga telah dilaksanakan sebanyak dua kali sebelum berlangsungnya acara yang dinanti-nantikan oleh murid-murid dan guru ini. Alhamdulillah, cuaca yang sangat baik pada hari ini melancarkan segala perancangan dan program kami. 

Kami juga berasa sangat bertuah kerana pihak MILO telah sudi datang memeriahkan program ini dengan memberi sumbangan air milo yang sangat lazat dan mendinginkan tekak murid-murid selepas penat berlari. TERIMA KASIH MILO!!!

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama padu semasa acara berlangsung. Jom kita layannn gambar menarik yang sempat dirakamkan oleh guru-guru SKSS.