Search This Blog

Wednesday 24 January 2018

MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN 2018

Penyampaian bantuan awal persekolahan telah disampaikan oleh Guru Besar SK Sungai Selisek, Pn. Siti Zanariah binti Jalal di Pusat Sumber Sekolah. Pelajar yang terpilih telah menerima sumbangan berupa pakaian sekolah untuk sesi persekolahan yang baharu ini. Terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang bermurah hati. Semoga mendapat balasan yang setimpal dengannya kelak.





HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN 2018

Berlalu sudah tahun 2017. Kini kita telah melangkah ke tahun baru 2018 dengan penuh semangat dan azam baru untuk masa depan yang lebih gemilang. Perhimpunan pagi pada hari pertama persekolahan bagi tahun ini berjalan lancar. Semoga tahun baru ini membawa seribu rahmat dan keberkatan untuk semua. SKSS HEBAT!!!






Friday 5 January 2018

PADANG BESAR TRIP

Pihak sekolah dengan kerjasama PIBG SK Sungai Selisek telah menganugerahkan hadiah trip ke Padang Besar dengan menaiki ETS kepada murid-murid cemerlang UPSR pada tahun ini. Guru Besar, Pn. Rosnah Mohamad Sukor selaku wakil guru tahun 6 dan ibu murid tersebut turut serta bersama meraikan kejayaan ini. Semoga mereka lebih cemerlang pada masa yang akan datang. Insya Allah!










HARI ANUGERAH & KECEMERLANGAN 2017

Hri Anugerah & Kecemerlangan SK Sungai Selisek telah diadakan dengan penuh gilang-gemilang pada 23 November 2017 bersempena hari pengumuman keputusan UPSR 2017. SK Sungai Selisek amat bertuah dan gembira pada hari ini kerana telah mendapat keputusan peperiksaan UPSR yang cemerlang! Semua guru bersyukur dengan anugerah ini dan berharap kecemerlangan ini akan diteruskan lagi pada tahun berikutnya. TAHNIAH!
























PERKHEMAHAN TAHUNAN BADAN BERUNIFORM SKSS 2017

PerkhemahanBadan Beruniform SKSS pada tahun ini diadakan selama dua hari bermula dari 10 hingga 11 November 2017. Banyak acara menarik dan mencabar telah dilaksanakan oleh kem komandan khusus untuk murid-murid yang terlibat dalam perkhemahan kali ini walaupun masa yang diperuntukkan terlalu singkat. Pihak sekolah akan merancang aktiviti yang lebih baik untuk tahun yang akan datang.