Search This Blog

Thursday 22 June 2017

MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA IHYA' RAMADHAN 1438H

Majlis Khatam al-Quran yang diadakan pada tahun ini sedikit berbeza daripada tahun-tahun yang lepas kerana guru-guru dan kakitangan sekolah yang terlibat dalam majlis ini. Hal ini berlaku disebabkan oleh kekangan waktu yang tidak dapat dielakkan kerana bulan puasa pada tahun ini jatuh pada waktu cuti sekolah. Oleh kerana itu, murid-murid tidak dapat bertadarus sepenuhnya dan diganti dengan guru-guru pula. Akhirnya kami bersama-sama khatam tadarrus al-Quran pada hari ini.

Tarikh: 22 Jun 2017 bersamaan 26 Ramadhan 1438H
Hari: Rabu
Masa: 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat: Dewan SK Sungai Selisek








MAJLIS IFTAR JAMA'EI BERSAMA MURID TAHUN 6

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Majlis Iftar Jama'ei bersama ibu bapa dan juga murid-murid tahun 6. Majlis tersebut diadakan pada hari Jumaat 16 Jun 2017. Guru-guru, AJK PIBG dan kakitangan sekolah telah bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa pada hari ini. Semuanya sedap!!!


















Wednesday 14 June 2017

PERLAWANAN BOLA JARING GURU PEREMPUAN vs GURU LELAKI

Perlawanan bola jaring antara guru lelaki dan guru perempuan sambil memakai rambut palsu retro ini telah dirancang oleh AJK PIBG pada Hari Guru. Oleh kerana disebabkan kekangan masa maka ia telah ditangguhkan dan diadakan pada hari terakhir persekolahan penggal pertama iaitu 27 Mei 2017 (Jumaat). Meriah sungguhhh bila cikgu yang main!!!










MAJLIS SAMBUTAN HARI GURU 2017

Sambutan Hari Guru pada tahun ini telah diadakan penuh gilang-gemilang dengan bertemakan 'Majlis Konvokesyen' idea daripada penyelaras Hari Guru iaitu Pn. Rosnah binti Mohamad Sukor. Ia telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mei yang lalu atas kerjasama padu daripada semua pihak terutamanya Kelab Guru & Kakitangan sekolah dan pihak PIBG.

Acara 'konvokesyen' telah diadakan pada sebelah pagi di dewan sekolah manakala di sebelah petang pula semua guru dan AJK PIBG diraikan dalam satu majlis hi-tea di Hotel Seri Malaysia Genting Highlands. Kami juga bertuah kerana telah diraikan oleh seorang wartawan Harian Metro iaitu En. Amrullah bin Abdul Karim yang bertindak selaku jurugambar pada hari ini.