SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI SELISEK
PENGENALAN
Terletak di Mukim Sungai Selisek daerah Hulu Selangor.
Berada diantara pekan Tanjong Malim dengan kawasan Felda dan pekan Behrang.
Jarak 52 km dari Kuala Kubu Bharu.
Nama asal sekolah – Sekolah Melayu Sungai Selisek
Antara sekolah terawal dibina di daerah Hulu Selangor.
SEJARAH AWAL
Awal 20 an – tanah Sungai Selisek diterokai oleh penoroka omigran berhampiran, Sumatera dan Indonesia untuk menanam getah.
1925 – Permuakafatan dengan penduduk tempatan mendirikan bangsal untuk anak-anak mereka belajar – bahan dari hasil hutan.
Tiang – kayu bulat, atap – bertam dianyam, dinding – pelupuh dan lantai – tanah.
Pelajar awal – 20 murid lelaki / perempuan tidak digalakkan bersekolah.
Guru – Cikgu Hasan dan cikgu Mat bin Sampaian.
Penduduk memohon sekolah lebih baik daripada British.
PERKEMBANGAN
1928 – Kerajaan British mendirikan sebuah bangunan sekolah dan rumah guru ( masih wujud dan digunakan ) – terdapat pengubahsuaian.
1929 – Pembukaan sekolah baru digunakan – pelajar lelaki dan perempuan meningkat.
Penolong Kanan pertama – Cikgu Hussain bin Mahmud ( MPSI ).
1936 – Bangunan baru dan dua pintu rumah guru batu bata beratap genting dibina.
1945 – Perang Dunia ke 2 – persekolahan dihentikan.
Lepas 1945 – persekolahan disambung semula – Jabatan Pelajaran menempatkan cikgu Hassan bin Binok sebagai guru besar dan guru-guru lain.
1950 – sekolah 2 sesi kerana pelajar bertambah.
1960 – jumlah pelajar merosot kerana berpindah ke sekolah baru di kawasan berhampiran seperti Sekolah Kebangsaan Gesir Tengan dan Sekolah Kebangsaan Kampong Pauh, Behrang Station.
- ada penduduk berpindah ke rancangan
Felda Gugusan Sungai Dusun.
1973 – Sebuah bangunan baru dua tingkat dibina yang lengkap dengan kemudahan–kemudahan seperti kantin dan tandas.
1991 – Bangunan Pusat Sumber Sekolah dibina melalui sumbangan Projek Bank Dunia.
1993 – Sebuah bangunan dua tingkat mengandungi 4 bilik darjah dan satu unit rumah guru 2 pintu telah dibina bagi menampung kepesatan pelajar.
2002 – 2 unit rumah guru 4 pintu dibina bagi kemudahan penginapan guru-guru.