Majlis penyerahan bantuan KWAPM ini telah diadakan bersama ibu-bapa pelajar yang terpilih. Ia turut disertai bersama guru besar SK Sungai Selisek, Pn. Siti Zanariah binti Jalal, GPK HEM, En. Razak bin Ishak, Penyelaras KWAPM sekolah Pn. Che Aishah binti Abd. Rahman dan beberapa orang guru yang turut membantu melicinkan program ini. Majlis berlangsung seperti ketetapan berikut:
Hari: Selasa
Tarikh: 23 Mei 2017
Masa: 12 tengahari
Tempat: Surau SK Sungai Selisek.
Search This Blog
Wednesday, 24 May 2017
Monday, 1 May 2017
KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2017
Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) telah diadakan serentak di seluruh negara pada hari Rabu, 5 April 2017. Justeru itu, pihak Pusat Sumber Sekolah, SK Sungai Selisek juga tidak ketinggalan mengadakan program ini pada hari tersebut. Ia telah bermula seawal pukul 7.30 pagi bersama Guru Penyelaras Media (GPM) SK Sungai Selisek iaitu Pn. Rasidah binti Yusoff. Berikut dipaparkan beberapa aktiviti sempena program ini.
Wednesday, 19 April 2017
BULAN ANTI DADAH PERINGKAT SK SUNGAI SELISEK 2017
Majlis Pelancaran Bulan Anti Dadah peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis, 13 April 2017 bertempat di Dewan Utama SK Sungai Selisek. Pelbagai program telah dirancang untuk murid-murid sebagai kesedaran terhadap bahaya dadah. CEGAH SEBELUM PARAH!
KEJOHANAN BOLA JARING MSSD HULU SELANGOR 2017
Pasukan Bola Jaring SK Sungai Selisek telah menyertai Kejohanan Bola Jaring (Sekolah Rendah) Majlis Sukan Sekolah Daerah Hulu Selangor yang bertempat di SK Rasa pada 12 April 2017 yang lepas. Pasukan ini diketuai oleh jurulatih utama iaitu Pn. Jamilah binti Zainun serta beberapa orang guru pembimbing yang lain. Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pemain berbakat SKSS!
Subscribe to:
Posts (Atom)












