Search This Blog

Wednesday, 14 June 2017

MUSYAWARAH HATI KE HATI

Majlis Musyawarah Hati ke Hati ini telah berlangsung di Kampung Orang Asli, Kampung Serigala pada hari Jumaat, 12 Mei yang lalu. Antara yang hadir ke majlis ini ialah wakil ADUN Hulu Bernam, Guru Besar SK Sungai Selisek Pn. Siti Zanariah binti Jalal, wakil PPD iaitu En. Rosli & En. Abdul Hasli, wakil JAKOA Pn. Jannah (negeri) dan En. Hafiz (daerah), YDP PIBG SK Sungai Selisek, En. Mohd. Zaini bin Hj. Hamzah, Tok Batin, ibu bapa orang asli serta beberapa orang guru pengiring dari sekolah sendiri. 

Antara objektif perjumpaan ini ialah:
i. Perbincangan takwim pengurusan & pentadbiran sekolah;
ii. Mendekati dan mengenali murid serta ibu bapa orang asli; dan
iii. Dialog prestasi
















Wednesday, 24 May 2017

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KWAPM 2017

Majlis penyerahan bantuan KWAPM ini telah diadakan bersama ibu-bapa pelajar yang terpilih. Ia turut disertai bersama guru besar SK Sungai Selisek, Pn. Siti Zanariah binti Jalal, GPK HEM, En. Razak bin Ishak, Penyelaras KWAPM sekolah Pn. Che Aishah binti Abd. Rahman dan beberapa orang guru yang turut membantu melicinkan program ini. Majlis berlangsung seperti ketetapan berikut:

Hari: Selasa
Tarikh: 23 Mei 2017
Masa: 12 tengahari
Tempat: Surau SK Sungai Selisek.










Monday, 1 May 2017

KEM MEMBACA 1MALAYSIA (KM1M) 2017

Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) telah diadakan serentak di seluruh negara pada hari Rabu, 5 April 2017. Justeru itu, pihak Pusat Sumber Sekolah, SK Sungai Selisek juga tidak ketinggalan mengadakan program ini pada hari tersebut. Ia telah bermula seawal pukul 7.30 pagi bersama Guru Penyelaras Media (GPM) SK Sungai Selisek iaitu Pn. Rasidah binti Yusoff. Berikut dipaparkan beberapa aktiviti sempena program ini.
























Wednesday, 19 April 2017

BULAN ANTI DADAH PERINGKAT SK SUNGAI SELISEK 2017

Majlis Pelancaran Bulan Anti Dadah peringkat sekolah telah diadakan pada hari Khamis, 13 April 2017 bertempat di Dewan Utama SK Sungai Selisek. Pelbagai program telah dirancang untuk murid-murid sebagai kesedaran terhadap bahaya dadah. CEGAH SEBELUM PARAH!