Majlis Sambutan Hari Raya pada tahun ini telah diadakan dengan meriah di SK Sungai Selisek pada hari Jumaat dengan tarikh yang cantik 7.7.2017. Pelbagai juadah disediakan secara gotong-royong oleh semua guru dan kakitangan sekolah sejak awal pagi. Jommm kita tengok gelagat di hari raya ini!
Search This Blog
Friday, 14 July 2017
Thursday, 22 June 2017
MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA IHYA' RAMADHAN 1438H
Majlis Khatam al-Quran yang diadakan pada tahun ini sedikit berbeza daripada tahun-tahun yang lepas kerana guru-guru dan kakitangan sekolah yang terlibat dalam majlis ini. Hal ini berlaku disebabkan oleh kekangan waktu yang tidak dapat dielakkan kerana bulan puasa pada tahun ini jatuh pada waktu cuti sekolah. Oleh kerana itu, murid-murid tidak dapat bertadarus sepenuhnya dan diganti dengan guru-guru pula. Akhirnya kami bersama-sama khatam tadarrus al-Quran pada hari ini.
Tarikh: 22 Jun 2017 bersamaan 26 Ramadhan 1438H
Hari: Rabu
Masa: 11.00 pagi hingga 1.00 tengahari
Tempat: Dewan SK Sungai Selisek
MAJLIS IFTAR JAMA'EI BERSAMA MURID TAHUN 6
Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, pihak sekolah dengan kerjasama PIBG telah mengadakan Majlis Iftar Jama'ei bersama ibu bapa dan juga murid-murid tahun 6. Majlis tersebut diadakan pada hari Jumaat 16 Jun 2017. Guru-guru, AJK PIBG dan kakitangan sekolah telah bergotong-royong menyediakan juadah berbuka puasa pada hari ini. Semuanya sedap!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)






















