Search This Blog

Friday, 11 August 2017

LAWATAN KUNJUNG BANTU UNIT PENGURUSAN SEKOLAH PPD HULU SELANGOR

SK Sungai Selisek amat bertuah kerana dipilih oleh pihak PPD Hulu Selangor yang telah  membuat Lawatan Kunjung Bantu khususnya untuk membaiki Unit Pengurusan Sekolah kami ke arah yang lebih baik. Beberapa orang pegawai PPD telah turun membuat pemantauan dan bimbingan sistem fail dan pengurusan sekolah. Terima kasih diucapkan kepada mereka!

Program : Lawatan Kunjung Bantu Unit Pengurusan Sekolah
Tarikh : 10 Ogos 2017
Hari : Khamis








MAJLIS PERKAHWINAN ANAK PEREMPUAN PN. RASIDAH YUSOFF

Buat julung-julung kali setelah 88 tahun terbinanya SK Sungai Selisek di sini, ia telah melakar sejarah pada hari ini 5 Ogos 2017 kerana Pn. Rasidah binti Yusoff selaku guru yang paling lama berkhidmat di SKSS telah memilih SK Sungai Selisek untuk melangsungkan perkahwinan anak perempuannya. Ia adalah salah satu program Sarana Ibu Bapa yang telah mengundang keterujaan masyarakat setempat untuk sama-sama menjayakan majlis tersebut.

HAPPY WEDDING DAY...AZIERA & AZREEL💕











KEM TEKNIK MENJAWAB SAINS

Kem Teknik Menjawab Soalan Sains untuk pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR juga diadakan di SK Sungai Selisek pada minggu lepas. Kem ini diadakan secara kolaborasi dengan SK Kledang dan SK Kg. Soeharto.

Tarikh : 4 Ogos 2017
Hari : Jumaat
Tempat : Dewan SK Sungai Selisek
Penceramah : En. Muhd. Halin bin Othman (Guru Besar, SK Datuk Nan Kaya, Tg. Malim)





KEM TEKNIK MENJAWAB MATEMATIK

Kem Teknik Menjawab Soalan Matematik untuk pelajar tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR telah diadakan di SK Sungai Selisek pada minggu lepas. Semoga ia akan memberi inspirasi dan perangsang untuk semua anak didik kita.

Tarikh : 3 Ogos 2017
Hari : Khamis
Tempat : Kelas Tahun 6
Penceramah : En. Hamzah bin Salleh (Guru Besar, SK Gedangsa)











MAJLIS SEKALUNG BUDI SEINDAH JASAMU

SEKALUNG BUDI SEINDAH JASAMU..PN. JAMILAH BINTI ZAINUN💕

Majlis yang penuh gilang-gemilang anjuran Kelab Guru & Kakitangan SKSS ini telah diadakan sempena meraikan kenaikan pangkat Puan Jamilah binti Zainun, guru praSekolah SK Sungai Selisek ke SK Kerling menjawat jawatan GPK Kokurikulum. Tahniah diucapkan kepada Puan Jamilah! Selamat Maju Jaya!

Tarikh : 27 Julai 2017
Hari : Khamis
Masa : 3.00 - 6.00 petang
Tempat : Felda Residence Trolak



















Tuesday, 1 August 2017