Search This Blog

Friday, 17 January 2020

Kejohanan Merentas Desa Peringkat SKSS



Tarikh : 16 Januari 2020
Masa : 7.40 pagi - 10.00 pagi


Senamrobik




Dilepaskan oleh YDP PIBG En Azrul




 Penyampaian hadiah

Wednesday, 15 January 2020

Thursday, 2 January 2020

Selamat Tahun Baru 2020




Sempena Tahun Baru 2020 saya mengharapkan semua warga Sekolah Kebangsaan Sg Selisek akan sentiasa berbahagia dunia dan akhirat. Dilindungi Allah dari pekara-pekara yang memudaratkan diri , keluarga, masyarakat dan negara. 
Tahniah atas kejayaan dari segi akademik, sahsiah dan kokurikulum sepanjang 2019.
2019 meninggalkan kenangan manis berkat kesungguhan guru, murid , pibg dan masyarakat setempat.
Semoga tahun 2020 , SK Sg Selisek akan mengekalkan kecemerlangan dan seterusnya menjadi inspirasi kepada generasi akan datang.
Sekian Terima Kasih

Ikhlas dari saya..
Pn Siti Zanariah bt Jalal
Guru Besar SK Sg Selisek..

Sunday, 18 February 2018

JAMUAN MAKAN DURIAN

Pihak Kelab Guru & Kakitangan SK Sungai Selisek telah mengadakan jamuan makan malam pada 26 Januari yang lalu. Semua guru dan ahli keluarga serta kakitangan SKSS telah dijemput memeriahkan acara ini. Gotong-royong memasak menu jamuan telah bermula sejak berakhirnya waktu persekolahan pada hari ini. Selain daripada menu utama nasi dan lauk-pauk yang lazat, menu istimewa kami adalah pulut durian yang didatangkan khas dari Raub! Memang superrrrbbbbb!!!












MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-45

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 pada tahun ini telah diadakan pada hari Selasa, 30 Januari 2018. Sempena mesyuarat ini, pihak sekolah juga turut menyampaikan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia kepada murid-murid yang layak. Kami amat bertuah kerana mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Haji Zainal Abidin bin Haji Sakom selaku Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan.