Search This Blog

Monday 14 August 2017

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2017

Perhimpunan pagi pada hari ini 14 Ogos 2017 dimeriahkan lagi dengan majlis pelancaran sambutan Bulan Kemerdekaan untuk tahun ini. Menurut Pn. Salasatun Jahari, selaku penyelaras sambutan kemerdekaan pada tahun ini, banyak acara telah dirancang untuk semua murid sepanjang bulan Ogos. Murid-murid digalakkan untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang akan dijalankan kerana hadiah menarik telah disediakan untuk mereka. Majlis ini dirasmikan oleh Guru Besar SKSS, Pn. Siti Zanariah binti Jalal.MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!




























No comments:

Post a Comment